Sel Stem adalah sel yang berperanan utama di dalam proses tumbesaran. Ia juga dikenali sebagai “sel yang dapat melakukan segalanya” bermula dari proses pembetukan hinggalah pembesaran semulajadi struktur tubuh manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
Terdapat pada manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Namun kelebihan sel stem tumbuhan adalah kerana ianya dapat 'regenerate' semula semua sel secara semulajadi, tidak seperti sel stem manusia.
Apa Itu Apple Stem Cell
Mibellechemistry, Switzerland telah berjaya mencipta teknologi penternakan sel tumbuh-tumbuhan (PhytoCellTecTM Malus Domestica). Teknologi PhytoCellTecTM dapat mengaktifkan sel-sel tumbuhan.
Ini membolehkan penternakan sel-sel tumbuhan secara besar-besaran dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah bio-teknologi.
Oleh kerana terdapat undang-undang yang masih melarang penggunaan Sel Stem Embrio dalam industri makanan, maka Sel Stem tumbuhan telah menjadi harapan kepada industri makanan. Penemuan Sel Stem Epal dari Switzerland yang mempunyai fungsi-fungsi yang menakjubkan seperti anti penuaan amat mengembirakan para usahawan dalam industri makanan kesihatan khususnya.
Apa Pula Dimaksudkan "Grape Stem Cell"
Mibellechemistry, Switzerland juga telah berjaya mencipta teknologi penternakan sel tumbuh-tumbuhan (PhytoCellTecTM Solar Vitis) berasaskan teknologi Grape Stem Cell.